KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121208

Adab Makan di Restoran bersama keluarga

Hari ni kami bersarapan di Restoran Negeri di tengah bandar Seremban kerana ada urusan di bank berdekatan. Saya beritahu pada anak-anak saya, Restoran Negeri ni memang popular dari dulu, sejak saya sekolah menengah lagi. Depan Restoran Negeri ni dulu ialah Terminal Bas Seremban sebelahnya ialah panggung wayang.

Setiap kali kami makan di luar, kami ada adab makan yang tersendiri. Adab ini bukan di ambil dari mana-mana kitab, cuma kami fikirkan satu kepuasan apabila mengamalkan adab makan begini. Setiap kali selepas makan di warung atau restoran saya, isteri dan anak-anak akan menyusun dan menindih pinggan serta asingkan sisa makanan dalam satu piring.

Walaupun setiap kedai ada pelayan restoran melakukan kerja ini, kami fikirkan apa salahnya kita membantu pelayan di kedai tersebut, supaya lebih mudah mereka untuk menghidang untuk pelanggan yang seterusnya.

Sebelum beredar kami pastikan kerusi dimasuk kemas ke meja.

Ada sekali anak lelaki saya tersasul, bila dia pergi basuh tangan dia bawa pinggan dan dibasuhnya sekali pinggan. Dia lupa, ingatkan ada di rumah.

Tiada ulasan: