KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121228

Jasa ibu Datin Seri Rosmah Mansor


Sebelum keluar rumah nak pergi kerja, saya sempat berbual dengan ibu (mak) saya. Saya tanya mak masa dia sekolah di Kg Tanjung, Kota dalam daerah Rembau betul ke sekolah tu untuk perempuan saja. Emak saya kata ya.

Saya kata, sekolah Kg Tanjung ialah sekolah pertama khusus untuk perempuan Melayu yang dibina atas inisiatif Undang Rembau yang ke 18 iaitu Undang Dato Abdullah Hj Dahan pada tahun 1923.

Saya kata emak Rosmah (Datin Seri Rosmah) dulu cikgu mak ke? Mak saya kata, ya, emak Rosmah tu dia panggil Cikgu Fatimah, amat baik orangnya , lemah lembut. Cikgu Rosmah adalah Guru Besar Sekolah Tanjung masa tu tambah mak lagi.

Bapa Rosmah mak kenal ke? Mak saya kata bapa Rosmah, Cikgu Mansor tu orang Chengkau, segak dan bergaya orangnya.

Saya tanya lagi, emak kenal ke Rosmah. Emak saya kata Rosmah masa tu kecil lagi, masih belum bersekolah, tapi emak saya masih ingat paras rupa Rosmah pada ketika itu.

Rupa-rupanya almarhum Cikgu Fatimah pernah mengajar dan menjadi guru besar di sekolah pertama khusus untuk perempuan Melayu di Negeri Sembilan ini.

Rembau banyak menyimpan sejarah. Cuba-cubalah berborak dengan ibu bapa kita, jika mereka masih hidup lagi, banyak yang boleh dipelajari.

Kalau ibu bapa kita sudah tiada, jadilah kita anak yang soleh dan solehah, kerana hanya anak yang soleh dan solehah menjadi penerang cahaya untuk mereka di dalam kubur.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rindu dengan wan ngah dan tok ngah. waris mereka ada lagi di chengkau..