Baru-baru ini kami sekeluarga ke KL.
Anak lelaki saya terlihat satu tiang gol plastik di sebuah pasaraya
terkemuka di Jalan TAR. Harganya RM199, tinggi dalam 3 kaki, lebar 8
kaki. Saya kata pada anak saya, nanti abah cuba buatkan tiang gol
nanti.
Sebelum buka sekolah, saya cuba siapkan
tiang gol tersebut. Bahan-bahan boleh didapati dengan mudah di kedai
perkakasan (hardware di mana-mana). Saya pun mintalah paip PVC putih
bersaiz 2 inci garislintang dengan ukuran yang siap di potong, dan
juga 6 sesiku PVC (elbow).
Modalnya cuma RM40 sahaja, dah siap
tiang gol dengan ketinggian 6 kaki dan lebar 8 kaki. Dan ianya lebih
kukuh dari yang berharga RM199 tadi.
Dulu masa Malaysia hantar angkasawan,
ada seorang tu heboh nak wujudkan Kelab Roket di setiap sekolah.
Sekarang ni entah apa jadi dengan program penggalakan para pelajar
terhadap aero angkasa, astronomi, teknologi roket dan seumpama
dengannya, sedangkan negara jiran kita saban hari teknologi roket
mereka adalah merupakan asam garam para pelajar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan