Salam, boleh dapatkan maklumat lanjut bagaimana kita Anak
Rembau boleh bantu keluarga ini? Saya pasti, insyaAllah ramai Anak Rembau di
perantauan khususnya orang Chengkau Ulu boleh bantu tanpa mengira latar
belakang fahaman politik mereka. Chengkau Ulu adalah merupakan kampung asal
arwah Atok saya ( Hj Kamaruddin bekas Tok Menteri)
Huni rumah reput
28 Dis 2012
REMBAU: Nasib seorang warga emas di Kampung Chengkau Hulu,
dekat sini, ibarat menunggu buah yang tidak gugur apabila permohonannya sejak
tiga tahun lalu bagi membaiki rumah rosak teruk dimakan anak-anai, belum
mendapat perhatian pihak berkaitan.
Aini Nikmat, 80, yang tinggal bersama anak lelakinya, Afendi
Parjo, 44, juga orang kelainan upaya (OKU), kini terpaksa mempertaruhkan nyawa
mereka mendiami rumah yang semakin uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa.
“Semakin hari rumah semakin reput dimakan anai-anai dan
banyak atap yang bocor sehingga saya terpaksa menadah besen dan baldi setiap kali
hujan.
“Keadaan bertambah teruk terutama sekarang musim hujan,
habis rumah basah dan tidur malam saya tidak lena kerana bilik dimasuki air
namun terpaksa juga tidur dalam kebasahan kerana tiada pilihan disebabkan rumah
di tingkat atas langsung tidak dapat digunakan lagi kerana reput,” katanya
ketika ditemui di rumahnya.
Aini berkata, setiap kali hujan dia menangis memikirkan
nasib dan keadaan rumahnya itu serta sentiasa berdoa supaya ada pihak prihatin
dan sudi membantunya.
“Nak harapkan anak, mereka semua hanya kerja kampung dan
mempunyai tanggungan masing-masing, jadi saya terpaksa mengambil upah mengurut
menambah pendapatan.
“Walaupun anak lelaki tinggal bersama, dia tidak dapat
bekerja kerana cacat pendengaran dan bisu serta terpaksa bergantung hidup
dengan saya.
“Saya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) RM300 setiap bulan, namun jumlah itu tidak cukup untuk membaiki rumah
yang rosak ini,” katanya.
Cucunya, Yazaini Noryazid, 32, berkata, sebelum ini dia
pernah membuat permohonan melalui ketua kampung bagi pihak neneknya dan
mendapat kelulusan bantuan membaiki rumah, tetapi hairan sehingga hari ini
tiada tindakan dilakukan.
“Saya kasihan melihat keadaan nenek yang tua dan tinggal di
rumah yang uzur seperti ini tambahan pula jauh dari penduduk kampung.
“Dinding dan lantai rumah semua reput dimakan anai-anai,
saya bimbang rumah ini boleh roboh pada bila-bila masa dan boleh membahayakan
keselamatan.
“Saya berharap ada pihak dapat membantu dan mengambil
tindakan segera untuk membaiki rumah nenek,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan