Jika dulu pertanian
adalah perniagaan. Tanah adat di Rembau
dulunya adalah tanah sawah dan tanah kampung. Kini pertanian bukan
lagi perniagaan. Kini tanah adalah pertanian. Bayangkan di Rembau
sekarang ini harga rumah teres yang sekangkang kera pun mencecah
RM250,000. Berapa ramai anak Rembau yang bekerja kampung, bekerja
sebagai penoreh getah, bekerja sebagai pemanjat petai boleh memiliki
rumah di Rembau pada ketika ini.
Tidak hairanlah pada
ketika ini tanah di Rembau telah mencecah RM1 juta seekar sekiranya
ditukar status dari tanah adat ke tanah perumahan. Tukar status saja,
tanah adat yang bernilai RM40,000 seekar boleh naik sehingga
RM1,000,000 seekar.
Jadi ungkapan
pertanian adalah perniagaan adalah tidak sesuai lagi di Rembau. Tanah
adalah perniagaan dengan syarat tanah adat di tukar status ke tanah
komersial dan sebagainya.
Di sinilah peranan
Dato Lembaga Adat perlu memikirkan
bagaimana untuk membangunkan tanah adat ini yang boleh mendatangkan
hasil kepada anak-anak Rembau sendiri di kalangan 12 suku yang ada di
Rembau.
Apakah kita sebagai anak
Rembau rela orang luar mengambil tanah adat kita pada harga yang
begitu murah dan kemudian dijual semula kepada orang luar dengan
harga yang begitu mahal sehinggakan anak Rembau sendiri terpinggir?
Kita ada banyak tanah adat
bukan di tengah hutan belantara, tapi di tepi jalan utama. Takkan
kita tak boleh berbincang sesama kita satu suku, satu buapak, satu
perut untuk menyelesaikan tanah adat kita?
Kerajaan negeri pula perlu
menyokong sebarang usaha untuk membangunkan tanah adat untuk
dijadikan tanah perumahan untuk anak Rembau. Jika kerajaan sekarang
tidak dapat melakukannya, kita desak kerajaan lain yang melakukannya.
PROJEK PERUMAHAN TAMAN
REMBAU BAYU DILANCARKAN
REMBAU 4 Nov. 201 - JBS
Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek
perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu
Hampar dekat sini semalam.
Projek itu mengandungi 22
unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua
tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar.
Pengarah Urusan Kumpulan
JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua
tahun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.
Beliau berkata, harga
seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala
harga rumah antara RM250,000 dan RM320,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan