Kita biasa dengar ibu mithali, bapa
mithali, suami mithali, isteri mithali tapi jarang kita dengar
menantu mithali, terutama menantu lelaki. Saya pernah bertemu dua
orang lelaki dari keluarga yang berlainan yang cukup luar biasa
menjadi menantu mithali.
Seorang yang saya kenal ialah menantu
lelaki, apabila isterinya meninggal dunia, kebiasaannya menantu
lelaki akan bawa diri, dan jarang rapat dengan keluarga isteri. Tapi
yang ini cukup luar biasa yang saya tak pernah temui. Menantu lelaki
tadi tetap tinggal berhampiran dengan ayah dan emak mertuanya
walaupun isterinya telah meninggal dunia.
Emak dan ayah mertuanya anggap menantu
lelaki dia dah macam anak dia sendiri. Emak mertua dan ayah mertua
lelaki tadi sering menyuruh menantunya mencari isteri tapi menantu
dia tak nak. Akhirnya setelah bertahun-tahun, ayah mertua dan emak
mertuanya yang mencarikan jodoh untuk menantunya.
Yang lebih menarik urusan kenduri
perkahwinan pun dibuat di rumah ayah dan ibu mertuanya dan diuruskan
oleh ibu dan ayah mertuanya.
Itu menantu mithali yang pertama.
Menantu mithali lelaki yang kedua adalah kenalan saya pula.
Dia ni saya jumpa manjang tersenyum
saja, macam tak ada masalah. Apabila saya berjumpa dia di majlis
pengkebumian abang ipar dia, barulah saya tahu dia menantu mithali.
Hampir kesemua urusan diuruskan oleh menantu tadi, walaupun dia ada
ipar-ipar yang lain.
Lepas tu saya jumpa dia di plaza tol,
sedang bawa lori pick up. Saya tanya dia buat apa, dia kata hantar
lori bapa mertua dia buat pemeriksaan Puspakom.
Kemudian saya jumpa dia lagi. Dia kata
adik ipar dia pula masuk hospital kena stroke. Dialah dengan
isterinya yang uruskan bawa ke hospital, jaga di hospital dan
sebagainya.
Dia tak mengadu banyak, dia ceria
sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai menantu.
Bukan senang nak jadi anak yang soleh,
menjadi menantu mithali yang soleh lagi lah susah.
Adakah kita anak soleh? Adakah kita
menantu mithali?
1 ulasan:
kebanyakkan lelaki selepas berkahwin mereka tidak dinafikan akan menjadi anak menantu yang soleh terhadap kedua ibubapa mertuanya.oleh yang demikian kebanyakkan mereka tidak akan memberi masa atau ruang dan tidak punyai masa mendidik diri mereka menjadi anak yang soleh terhadap kedua ibubapa mereka sendiri.sedangkan hukum allah dengan jelas mewajibkan mereka berbakti kepada kedua orang tua mereka tanpa sebarang alasan.jelas juga seorang wanita apabila sudah bernikah tugas utamanya adalah terhadap suami serta anak anaknya dan bukan ibubapanya tanpa izin sisuami.anak yang mengambil berat kedua ibubapa mertuanya digelar anak/suami mithali dan apakah gelaran anak/suami yang mengabaikan tanggongjawab terhadap ibubapa kandongnya sendiri?.amatlah lazimnya masyarakat melayu seorang anak lelaki apabila sudah bernikah melepaskan tanggongjawab membela atau memelihara ibubapa mereka yang sakit kepada saudara perempuan yang bujang atau pun yang sudah bernikah.bilamana saudara perempuan mengambil alih tanggongjawab ini bolehkah melepaskan anak lelaki dari hisab allah swt?.apakah hukumnya seorang isteri mengambil penjagaan kedua orang tuanya sendiri tanpa izin suami?.bak kata arwah p.ramlee lelaki yang sudah berkahwin amat jarang jarang sekali kita jumpai mengambil tanggongjawab berbakti kepada orang tuanya[diubah kata katanya] kalau pun ada pelbagai sungutan kita akan dengar dari si-isteri walhal sang suami ingin menjadi anak mithali serta soleh.
Catat Ulasan