Yang ini bukan wang tabung masjid
dicuri, tapi dengan tabung, rantai dan mangga sekali dikebasnya.
Mudah saja untuk mengelakkan duit tabung atau tabung masjid dicuri.
Jangan letak tabung masjid atau tabung surau dalam atau luar
masjid/surau. Letak sahaja notis kepada sesiapa yang ingin menderma
masukkan ke akaun bank masjid atau hubungi Bendahari di talian yang
diberikan. Surau tempat saya tak pernah ada tabung kecuali diedarkan
semasa program. Tapi Alhamdulillah ada saja yang sentiasa hulurkan
sumbangan.
Tabung besi masjid lesap
Sinar Harian
12 Januari 2013
BUKIT PAYONG, Terengganu Darul Iman -
Jemaah Masjid Kampung Bukit Payong, di sini terperanjat apabila
mendapati tabung besi masjid berkenaan lesap dipercayai dicuri pihak
tidak bertanggungjawab.
Kejadian itu disedari Pengerusi
Jawatankuasa masjid berkenaan, Zakaria Mohamad pagi kelmarin.
Zakaria berkata, dia menyedari
kehilangan tabung derma orang ramai itu ketika sampai untuk
menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.45 pagi.
“Sebaik sahaja masuk masjid, saya
mendapati peti besi bersaiz sekaki pergi yang dirantai pada tiang
masjid sudah tiada,” katanya.
Menurutnya, suspek bertindak memotong
rantai yang mengikat tabung itu pada tiang masjid menggunakan gergaji
besi berdasarkan terdapat serpihan gergasi besi yang patah
berhampiran.
Menurutnya, suspek bertindak melarikan
tabung itu dipercayai selepas usaha memotong kunci peti itu gagal,
kerana terdapat dua kunci dipasang untuk mengelak kecurian.
“Dulu pihak masjid hanya pakai satu
kunci sahaja menyebabkan sebanyak empat kali peti berkenaan dipecah
oleh pencuri tahun lalu, tetapi baru-baru ini kami ubah suai
menggunakan dua kunci.
“Namun apabila kita buat begini,
pencuri bertindak melarikan dengan peti sekali,” katanya yang
kesal.
Beliau tidak pasti jumlah wang tunai
hasil derma jemaah yang berada dalam peti itu memandangkan ia
sepatutnya dibuka semalam.
Bagaimanapun kebiasaannya kutipan wang
di dalam tabung tersebut hanya sekitar RM20 sahaja seminggu.
Katanya, kejadian kecurian
kecil-kecilan di kawasan Bukit Payong khususnya sepanjang musim
banjir ini amat ketara, menyebabkan ia menimbulkan keresahan dalam
kalangan penduduk.
“Ramai jemaah mengadu kes kecurian
banyak berlaku dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan
sewajarnya bagi kesejahteraan penduduk,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan