KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130116

Pekan Chengkau lebih maju dari pekan Rembau




Pekan Chengkau adalah merupakan sebuah pekan yang amat kecil terletak antara pekan Rembau dan pekan Kota yang penuh bersejarah. Ada orang kata nak tengok sesuatu tempat itu maju, kalau ada restoran McDonald maka tempat itu telah maju. Entah ya , entah tidak , entah teori siapa dia pakai tak tahulah.

Baru-baru ini tayar basikal anak saya bocor. Hujung minggu lalu puaslah ronda pekan Rembau untuk cari kedai basikal, tak jumpa. Kalau tak jumpa, kenalah bawa balik Senawang untuk dibaiki. Emak saya kata di Chengkau ada kedai basikal. Saya macam tak percaya, takkan Chengkau ada kedai basikal. Sampai pekan Chengkau, emak saya tunjuk kedai motosikal katanya disitulah kedai basikal.

Taukeh kedai namanya Ah Wah (Awa) kata dia boleh tukar tayar basikal. Dia kata memang di Rembau tak ada kedai basikal lagi, dah tutup.

Bukan main cepat Awa buat kerja, tukar tayar dan tiub, baru RM25.

Nampaknya Chengkau lebih maju dari Rembau dan beberapa pekan lain kalau nak diukur dari aspek ada kedai basikal.

Apakah pekan Rembau lagi maju dari pekan Chengkau kerana di pekan Rembau ada kedai nombor ekor yang berlesen berhampiran Pejabat Agama, Balai Polis dan Masjid Jamek?

2 ulasan:

PerigiJernih berkata...

Salam,

Togolak den baco tulisan tuan pasal Chongkau tu. Memang kalau nak repair basikal ado kek situ kalau kek Ghombau tak do laie...

Walaupun Chongkau tu taklah sebosa Ghombau namun kalau nak dapek bokalan dapur atau groceries tu tak adolah menghampokan. Ado situ kodai runcit kepunyaan orang kito (den selalu poie kodai umi), mamak dan juo Cino...masing-masing masih hidup meskipun kut orang lalu lalang situ nampak macam pokan koboi yo...

Kut nak dapek'an bekalan lauk, ado yo...dan kalau kito nak sesuatu yang agak susah nak cari boleh posan pado peniago Cino kek situ kito nak ikan apo...dia akan cubo dapek'an, cumo kalau dah berjanji tu kono topati...tak salah den, servis tu exklusif utk mereka yg dio kona ajo, especially pado mereka yg tinggal di kawasan rumah rakyat Chongkau tu...ramai yang meniago situ semuo eh menotap kek rumah rakyat situ.

Jadi tak susah la sangat...setakat ni ikut pemerhatian den, pokan Chongkau ni, rato-rato pelanggan eh sekitar Kg Bongek Tengah, Kg Pulau Bukit dan ado juo masuk sekitar Pulau Bongek. Lobih dari tu banyak halo ko Ghombau...

Cumo eh kalau nak sibuk2 poie la Ghombau, especially malam minggu...ado pasar malam dan pasar pencen (org pencen dpt duit pencen!).

walaupun nampak sunyi tapi seronok pada satu-satu maso.

Sey (cucu PerigiJernih & Bongek + Semenda Chongkau)

Unknown berkata...

Den nak cari kawan lama orang chongkau.
Kawan yg darjah satu sampai darjah Onam Dari tahun 1981 hinggo 1986...