KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130103

Khutbah Jumaat, boring, salah siapa?


Mereka yang bermain, berborak, apatah lagi membuat bising semasa khutbah Jumaat adalah mereka yang rugi dan melakukan pekerjaan yang sia-sia. Jemaah tetap bersalah dalam hal ini. Bagaimana pula peranan khatib dan pemerintah yang tidak mengambil pelbagai pendekatan untuk menarik jemaah agar khusyuk ketika mendengar khutbah?

Sekiranya orang seperti Ustaz Azhar Idrus menyampaikan khutbah Jumaat, kita yakin ramai remaja kita tidak akan asyik bermain telefon bimbit seperti di bawah ini.

Khatib berkhutbah, remaja asyik bermain telefon bimbit
Utusan Malaysia 3 Jan 2013

SOLAT Jumaat yang diwajibkan kepada setiap lelaki Islam yang telah baligh adalah suatu anugerah kepada kaum lelaki yang tersangat tinggi nilainya. Ia melambangkan kekuatan ummah dan ketinggian agma itu sendiri.

Beberapa garis panduan dan ketetapan hendaklah dipatuhi ketika solat Jumaat demi memperoleh fadilatnya. Perkara yang sunat hendaklah sentiasa dijaga. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang banyak keberkatannya jika kita mengetahuinya.

Antaranya, jemaah hendaklah memakai pakaian yang sopan dan bersih. Jika boleh memakai minyak wangi-wangian saperti minyak atar dan sebagainya serta digalakkan datang awal ke masjid, sekurang-kurangnya sebelum masuknya waktu atau apabila azan pertama dilaungkan.

Apabila khatib sedang berkhutbah tumpuan hendaklah kepada ibadah itu semata-mata. Hendaklah diam mendengar pengisian dan nasihat berguna yang disampaikan oleh khatib kerana ia merupakan salah satu dalam rukun solat Jumaat.

Tiada ulasan: