Menjaga ibu bapa
yang lanjut usia bukanlah satu perkara yang mudah walaupun mereka masih sihat,
apatah lagi mereka yang sakit. Fenomena ibu bapa di tinggal bersendirian di
kampung, tolak menolak antara adik beradik untuk menjaga ibu bapa semakin
menjadi-jadi ketika ini.
Sering kita
dipromosikan dengan kursus pra perkahwinan, kursus mendidik anak-anak, kursus
pelajar cemerlang, kursus usahawan dan sebagainya, tapi tak pernah rasanya saya
dengar kursus menjaga ibu bapa.
Cuba perhatikan
sekeliling kita, di kalangan keluarga kita sendiri, sanak saudara, jiran
tetangga siapa yang berkebolehan menjaga ibu bapa mereka dengan hati yang reda,
tenang, pasrah?
Disarankan agar
semua pihak terutama Majlis Agama, Khutbah Jumaat, JAKIM, pihak swasta yang
menganjurkan kursus motivasi yang hebat-hebat yang yurannya beratus-ratus
ringgit, TV1, TV3 dan sebagainya agar memberi penekanan terhadap isu penjagaan
ibu bapa yang semakin kritikal dewasa ini.
Adakah
penyelesaiannya dengan menubuhkan lebih banyak lagi rumah penjagaan warga emas?
Kursus menjaga
ibu bapa ini bukan hanya setakat menjaga ibu bapa yang masih hidup, sepatutnya
dimasukkan sekali kursus menjaga ibu bapa yang telah meninggal dunia.
Semoga Allah
menempatkan roh ayah saya, serta roh datuk-datuk dan nenek-nenek saya di
kalangan roh orang beriman dan beramal soleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan