Menuju Wawasan
2020 untuk menjadi negara maju, pengurusan masjid juga sepatutnya semakin
canggih. Untuk mendapatkan pengurusan yang canggih , pemikiran imam, khatib,
nazir dan ajk pun perlu canggih. Pemikiran khatib yang canggih sepatutnya dapat
menyelesaikan banyak permasalahan setempat dan mencelikkan jemaah yang tidur,
berborak, bermain telefon bimbit, minum cendol, hisap rokok ketika khutbah
Jumaat sedang dibacakan atau dikhutbahkan.
Arahan JAKIM dan
Majlis Agama supaya para khatib membaca teks khutbah yang disediakan mereka
yang sama seluruh Malaysia seolah-olah memandulkan pemikiran khatib dan
seterusnya memandulkan pemikiran ahli kariah setempat.
Kalau kariah
tersebut masalah setempat ialah pecah rumah, takkan teks khutbah bertajuk
kurangkan gula. Kalau kariah tersebut masalah setempat ialah tandas masjid
kotor, takkan teks khutbah bertajuk jimatkan penggunaan elektrik. Kalau kariah
tersebut masalah setempat ialah buang ibu bapa, takkan teks khutbah bertajuk
buang bayi, dan begitulah seterusnya.
Kalau pemimpin
negeri atau pemimpin negara atau JKKK takut sangat teks khutbah tersebut
mengandungi isi yang menyokong mana-mana parti, ajarlah para khatib menggunakan
komputer, dan hantar teks khutbah 3 hari sebelum dibaca untuk disemak oleh
Jawatankuasa Fatwa.
Kalau budak-budak
sekolah rendah boleh diberi komputer percuma, takkan khatib tidak boleh diberi
komputer dan akses internet percuma.
Kalau ahli
Jawatankuasa Fatwa atau pegawai JAKIM atau Majlis Agama tak cukup, tambahlah
kakitangan, dengan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi dari
kalangan lulusan agama untuk menapis teks khutbah yang dihantar oleh para
khatib.
Kemudian tu,
buatlah pertandingan teks khutbah terbaik, teks khutbah jiwang, teks khutbah
kreatif dan sebagainya.
Berilah kepada
JKKK perakam video, dan ajar JKKK ni untuk muat turun video ke Youtube untuk
dibuat pertandingan.
Jadi apa
masalahnya untuk tidak memandulkan pemikiran khatib kita?
Orang dah guna
roket naik ke bulan, naik ke angkasa, tapi para khatib kita dilatih macam
burung kakak tua.
Hendak seribu
daya, tak hendak seribu daleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan