KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130106

Tandas masjid kotor, ibu bapa pengotor, anak pun mungkin pengotor


Sebelum Asar saya sempat membasuh tandas surau. Biasalah tandas surau di tempat saya ini, laluan orang, berhampiran dengan padang permainan. Ramai yang menggunakannya, termasuk pelajar sekolah yang ponteng sekolah atau singgah sebentar.

Tandas surau ni biasanya dijadikan tempat hisap rokok. Puntung rokok, kotak rokok, mancis bertaburan atas lantai tu biasalah. Surau pula tiada siak, sukarela siapa ada kelapangan tolong bersihkan kerana rata-rata jemaah kerja dari subuh sampai ke malam, ada yang berulang alik dari Senawang ke Kuala Lumpur.

Kita pun bersihkanlah tandas dengan hati yang tenang, tak perlu marah-marah. Anak-anak biasalah, mereka tidak dididik menjaga kebersihan surau dan tandas.

Dalam pada tengah bersih surau , ada seorang lelaki yang singgah berehat di surau. Lelaki tadi kata, budak-budak ni yang kotorkan tandas. Saya kata pada lelaki tadi, budak-budak ni bermula dari rumah, ibu bapa merekalah yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka menjaga kebersihan, terutama apabila menggunakan tandas surau. Kalau anak-anak ini tidak dibiasakan menjaga kebersihan di rumah macamana mereka hendak menjaga kebersihan tandas surau, tandas masjid, tandas sekolah.

Semoga teks khutbah di Malaysia ini memberi penekanan kepada ibu bapa supaya melatih anak-anak mereka menjaga kebersihan di rumah, di sekolah, di surau , di masjid terutama di tandas.

Tiada ulasan: