Sempena cuti Keputeraan Yam Tuan, saya
mengambil kesempatan untuk mengajar anak saya buat roket, sambil
belajar Fizik dan Kemahiran Hidup. Sabjek Kemahiran Hidup amat
memerlukan latihan praktikal ibu bapa di rumah. Walaupun Malaysia
telah menghantar rakyat ke angkasa lepas pada tahun 2007, namun
program sains angkasa termasuk astronomi, fizik tidak begitu meriah
di peringkat sekolah walaupun ada ura-ura mengatakan akan penubuhan
Kelab Roket di setiap sekolah.
Roket yang dimaksudkan ialah roket air,
yang boleh dibuat dengan bahan kitar semula dan bahan yang mudah
didapati di kedai “hardware” pada kos yang tidak sampai RM10.
Walaupun permainan roket air ini nampaknya mudah dan menyeronokkan,
namun ianya adalah merupakan sabjek asas di peringkat universiti dan
Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).
Dari roket air yang mudah ini, para
pencinta ilmu boleh belajar teknik membuat roket, roket pelbagai
peringkat (multi stage) dan macam-macam lagi.
Oleh itu saya menyarankan agar semua
sekolah dari sekolah rendah agar mengadakan aktiviti roket air ini
untuk menarik minat pelajar supaya seronok belajar pelbagai sabjek
berkaitan termasuk Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup
dan sebagainya.
Mulakan dengan membuat pelancar roket
yang mudah dan roket dari botol kitar semula , kemudian
pandai-pandailah sendiri nak buat roket dengan payung terjun serta
pelbagai peringkat.
Jadi di sini saya ingin perturunkan
ilmu secara percuma untuk membuat pelancar roket, kerana ada beberapa
guru yang menghubungi saya menjual pelancar roket, sedangkan saya
lebih suka kalau guru-guru dan para pelajar membuat sendiri pelancar
roket tersebut.
Ramuan yang diperlukan ialah :
Paip PVC 1/2 inci sepanjang 2 kaki
Sesiku PVC - 2 unit
Penutup PVC - 1 unit
Gam PVC
Gergaji untuk potong paip PVC
Mesin gerudi
Mata gerudi bersaiz 9/32 inci (7.1 mm)
Tiub tayar motosikal - 1 unit
Potong paip PVC ke 3 bahagian ; 1 kaki
, 8 inci , 4 inci
Gunting tiub tayar motosikal untuk
dapatkan nat tiub tayar.
Gerudi penutup PVC untuk muat masuk
kepala nat tiub tayar.
Masukkan nat tiub tayar dan ketatkan
sampai kedap udara.
Sambungkan semua bahan tadi dan gamkan
berbentuk L
Biarkan kering. Nah sekarang sudah
boleh dipakai pelancar tersebut.
Pelancar yang ringkas tanpa tapak,
pegang dengan tangan sahaja. Kalau nak buat tapak, dengan pelancar
kawalan jauh dan sebagainya, cuba tanya mana-mana sekolah atau
universiti yang ada Kelab Roket.
Saya tak pasti samada Angkatan Tentera
Malaysia atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia boleh membantu
menyemarakkan Sains Angkasa, Fizik, Astronomi, Matematik, Bahasa
Inggeris dan lain-lain di kalangan pelajar kita.
1 ulasan:
Tq. Mr Den. Boleh tak ajar secara keseluruhan dari A sampai Z dan gambar dari mula sampai siap.
Saya amat berminat namun teknik dan cara pembuatan ditunjukkan tidak lengkap. Boleh tak Mr Den berikan tunjuk ajar sampai habis. Tq
Catat Ulasan