Memalukan kita rakyat Malaysia. Pihak
berkuasa pun malu, rakyat pun malu. Semoga jalan penyelesaian terbaik
dapat ditemui. Semoga pihak berkuasa dan rakyat saling
bermaaf-maafan, tak perlulah curah minyak ke dalam api yang sedang
membara. Mana pergi sifat ramah mesra, kasih sayang rakyat Malaysia
yang kita bangga-banggakan selama ini? Kita harap pihak berkuasa
berkata benar walaupun pahit, dan rakyat yang membakar kenderaan JPJ
tersebut tampil ke hadapan dan mengakui kesilapan walaupun atas niat
yang baik.
Orang Awam Mengamuk Bakar Kereta JPJ
11 Jan 2013
SITIAWAN: Sebuah kenderaan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) ditebalikan dan dibakar oleh orang awam
berikutan kemalangan di Ayer Tawar yang melibatkan 10 kenderaan,
termasuk dua bas sekolah dan sebuah lori, berhampiran lampu isyarat.
Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30
tengah hari itu, empat pegawai JPJ yang berada di dalam kereta pacuan
empat roda tersebut melihat sekumpulan perusuh mara ke arah mereka.
11 kenderaan terlibat dalam kemalangan
manakala 15 orang tercedera.
Kemalangan itu dipercayai berlaku
apabila kenderaan JPJ tersebut cuba memintas dan menghentikan sebuah
lori.
Pemandu lori berkenaan bagaimanapun
menekan brek secara mengejut bagi mengelak daripada terlanggar
kenderaan JPJ itu.
Tindakan brek secara mengejut itu
mengakibatkan kenderaaan lain di belakang lori merempuh antara satu
sama lain.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung,
Timbalan Supt Ahmad Mat Isa, yang mengesahkan kejadian itu berkata
polis sedang menyiasat punca kemalangan.
Beberapa anggota polis yang dilaporkan
berada di tempat kejadian dikatakan gagal mengawal kemarahan orang
ramai.
SITIAWAN – Sebuah kenderaan pacuan
empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) remuk dan rentung angkara
tindakan agresif orang awam yang berang selepas kenderaan itu didakwa
menjadi punca kepada kemalangan membabitkan lapan buah kenderaan lain
di Jalan Ipoh-Lumut dekat Pekan Ayer Tawar di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah
hari itu, beberapa saksi mendakwa Toyota Fortuner dinaiki tiga
anggota penguat kuasa JPJ yang dalam perjalanan dari arah Sitiawan
secara tiba-tiba menyeberangi pembahagi jalan untuk menahan sebuah
lori membawa muatan buah kelapa sawit di laluan bertentangan.
Tindakan yang diambil pemandu kenderaan
JPJ itu menyebabkan lapan buah kenderaan lain yang mengekori dan
berada di tepi lori membawa buah kelapa sawit berkenaan berlanggar
semasa sendiri selain ada kenderaan yang terbabas kerana panik dengan
kemunculan mendadak kenderaan JPJ itu.
Lapan buah kenderaan yang terlibat
dalam kemalangan itu ialah Proton Waja, Proton Wira, pacuan empat
roda Suzuki Jimmy, Perodua Kancil, sebuah motosikal, dua buah bas
sekolah dan sebuah lori lain.
Saksi dakwa kereta peronda JPJ sebabkan
kemalangan
Saksi-saksi kemalangan jalan raya yang
membabitkan 10 kenderaan dan mengakibatkan 15 orang cedera di Ayer
Tawar, Perak petang ini mendakwa ia disebabkan oleh kereta peronda
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba memintas sebuah lori.
Bagaimanapun, pihak polis menafikan
dakwaan itu, dan berkata kereta peronda JPJ itu telah dilanggar oleh
lori.
Ahli Parlimen Berus, Datuk Ngeh Koo
Ham, yang tiba di tempat kejadian kemalangan sejurus selepas ia
berlaku, telah diberitahu oleh saksi bahawa kenderaan pacuan empat
roda JPJ itu menyeberangi pembahagi jalan untuk memintas sebuah lori
yang datang dari arah bertentangan.
Perbuatan secara tiba-tiba itu
menyebabkan lori, yang didakwa
membawa lebih muatan kelapa sawit,
membrek secara mengejut dan dilanggar oleh kenderaan lain di
belakangnya, kata Ngeh kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Menurut polis, 10 kenderaan - kereta
peronda JPJ, dua bas sekolah, dua buah lori, sebuah motosikal dan
empat buah kereta, terbabit dalam kemalangan tersebut.
Ngeh berkata, salah sebuah daripada 10
kenderaan tersebut - Kancil hijau - terbakar selepas melanggar
kenderaan lain.
"Mujurlah dua lelaki Cina dan
seorang lelaki India memecahkan pintu kereta dan menyelamatkan
seorang wanita Melayu yang terperangkap di dalam kereta tersebut, dan
memadamkan api.
"Orang ramai sangat marah dan
menuntut pegawai JPJ bertanggungjawab terhadap tindakan berbahaya
seperti itu. Mereka kemudian memecahkan kenderaan JPJ, menterbaliknya
dan membakarnya. Keadaan tidak ganas, mereka hanya marah, "kata
Ngeh yang juga pengerusi DAP Perak.
Selepas api dipadamkan menurut Ngeh,
orang ramai yang marah enggan membenarkan pihak berkuasa untuk
mengambil kenderaan yang terbakar itu tanpa memberi penjelasan yang
memuaskan hati mereka.
"Mereka kemudian menterbalikkan
kenderaan itu untuk kali kedua."
Keterangan para saksi sama dengan yang
diberitahu oleh Ngeh, begitu juga dengan gambar dan video kejadian,
yang telah dimuat naik dan dikongsi dalam media sosial.
Ngeh mendakwa tindakan masyarakat
tempatan itu adalah kemuncak kepada 'penindasan' yang lama oleh
kedua-dua pihak polis dan pegawai JPJ.
Beliau mendakwa perniagaan tempatan,
termasuk pengusaha dan pemandu lori, telah dipaksa membayar rasuah
bulanan kepada polis dan pegawai penguatkuasa JPJ, dan sekiranya
gagal berbuat demikian, mereka akan menjadi mangsa.
Oleh itu, katanya, ketegangan semakin
memuncak di kawasan tersebut.
"Saya menggesa kerajaan supaya
segera menyelesaikan isu ini, "katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung,
Ahmad Mat Isa mengesahkan
kepada Malaysiakini bahawa 15 orang
mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.
Beliau menafikan khabar angin bahawa
empat orang mati dalam kemalangan tersebut, dan menjelaskan bahawa
tiada kematian dilaporkan setakat ini, dan tiada pelajar di antara
mereka yang cedera kerana dua bas terlibat tidak membawa pelajar.
Ahmad menyangkal dakwaan bahawa tiga
pegawai JPJ di dalam kenderaan pacuan empat roda telah bertindak
secara melulu dan mereka tidak cuba memintas lori terbabit.
Sebaliknya, beliau mendakwa ketiga-tiga
mereka adalah dalam perjalanan pulang ke Manjung dari pejabat JPJ
Ipoh.
Kenderaan peronda mereka berhenti di
hadapan lampu isyarat di depan sebuah sekolah di Ayer Tawar, tetapi
dilanggar oleh sebuah lori di belakang kenderaan mereka, menyebabkan
kenderaan lain di belakang melanggar lori tersebut, kata Ahmad.
Jika tiga pegawai tersebut menjalankan
tugas penguatkuasaan, sepatutnya ada alat penguatkuasaan seperti kon
trafik di dalam kereta.
Katanya, menurut laporan polis dan
siasatan polis, mendapati tidak terdapat barangan seumpama itu dalam
kereta berkenaan.
Beliau menjelaskan bahawa ketiga-tiga
pegawai JPJ itu melarikan diri dari tempat kejadian selepas
dikelilingi orang ramai. Mereka menaiki pengangkutan awam untuk ke
balai polis Manjung untuk membuat laporan.
Pihak polis masih menyiasat tindakan
menterbalikkan kenderaan JPJ itu dan siapa yang melakukannya, tambah
Ahmad.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427
Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 43 Akta
Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan