KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130106

Antara Kanang dan nasib serta filem Askar Melayu yang terpinggir


Negara kehilangan seorang dari ribuan mungkin ratusan ribu pahlawan iaitu Kanang anak Langkau dari 8 Renjer. Arwah ayah saya walaupun Askar Melayu tapi pernah berkhidmat dalam 1 Renjer. Arwah ayah saya kata memang Renjer ini berani macam Askar Melayu. Eloklah kerajaan hendak menerbitkan filem Kanang. Tapi janganlah hangat-hangat tahi ayam mungkin sebab pilihanraya tak lama lagi seperti apa yang berlaku pada filem Kalabakan.

Kita harap Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan jangan pinggirkan pengorbanan Askar Melayu terutama 8 orang Askar Melayu yang terkorban di Kalabakan, Sabah dari 3 RAMD, dan yang terkorban di Somalia dari 19 RAMD di mana apa yang berlaku di Somalia yang terpapar dalam filem Blackhawk Down ialah “lembu punya susu, sapi punya nama”.

Kisah pengorbanan Askar Melayu di Kalabakan, Sabah dan filem Kalabakan yang tak siap-siap di

Kisah filem Holywood Blackhawk Down yang melenyapkan perjuangan Askar Melayu di

Filem Kanang dipercepatkan
5 Jan 2013

KUCHING - Sesi penggambaran filem Kanang anak Langkau akan dipercepatkan untuk tayangan sempena Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggambaran filem yang mengisahkan kehidupan pahlawan negara, mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau (gambar kecil) itu dijangka bermula bulan depan dan selesai dalam masa tiga hingga empat bulan.

"Sebelum meninggal dunia, mendiang Datuk Temenggong Kanang telah mengadakan perbincangan dengan saya untuk beliau terlibat secara langsung dalam penerbitan filem tersebut.

"Saya juga telah melihat sendiri skrip berkenaan, namun apabila mendiang meninggalkan kita terlebih dulu, saya akan lihat semula skrip itu untuk diolah semula," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan kepada mendiang di Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.

Kanang meninggal dunia di HUS akibat serangan jantung pada pukul 1.45 pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kampung Sungai Apong di sini.

Ahmad Zahid yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya menyerahkan kepada syarikat penerbit dan pengarah filem itu untuk memilih barisan pelakon yang sesuai.

Mendiang Kanang sepatutnya turut berlakon dalam filem itu yang diterbitkan oleh Tangan Seni Sdn. Bhd. Najib pada Julai lalu dipetik berkata, kerajaan akan menyumbang RM4 juta bagi menjayakan pembikinan filem berkenaan.

Jabatan Penerangan Negeri Sarawak dalam kenyataannya semalam menjelaskan, mayat Kanang dibawa ke Dewan Bukavu, Kem Penrissen sebelum ditempatkan di Dewan Suarah Kuching pada pukul 8 pagi ini untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Menurutnya, mayat Kanang akan disemadikan dalam istiadat penghormatan negara di Makam Pahlawan, Jalan Taman Budaya, Kuching.

Mendiang meninggalkan balu, Datin Brawang Chunggat dan lima anak.

Kanang merupakan wira negara tunggal yang menerima dua pingat keberanian tertinggi iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB), ketika masih hidup.

Mendiang yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia terkenal dengan keberanian menentang komunis di Perak pada tahun 1980.

Tiada ulasan: