KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130110

Serangan internet terhadap remaja Islam, Nabi dah tunjuk jalan



Remaja Islam kini menghadapi serangan akidah yang begitu hebat ketika ini. Serangan risalah melalui internet adalah lebih hebat ketika ini dari serangan melalui media cetak. Nabi saw telah menunjukkan kepada kita bagaimana untuk menghadapi serangan ini yang semakin hebat melalui cerita sejarah dalam Al Quran dan Hadith.

Dulu ada teknologi yang lebih hebat dari internet, iaitu teknologi sihir. Remaja pada ketika itu begitu asyik dengan sihir. Raja pada ketika itu mengarahkan ketua tukang sihir agar mencari pelapis. Lalu dipilihlah seorang budak untuk dilatih. Budak ini pun berlatih dan pelajari ilmu sihir setiap hari.

Namun setiap hari dalam perjalanan, budak ini akan lalu rumah seorang pendeta agama. Dengan kelunakan, kelembutan pendeta, lama kelamaan budak tadi terpikat dengan ajaran pendeta tadi yang mengEsakan Allah. Dalam pada masa yang sama budak tadi tetap belajar ilmu sihir.

Panjang betul cerita pasal budak ni, carilah sendiri ceritanya di internet.

Akhir sekali budak yang dilatih menjadi tukang sihir sudah terbalik , menjadi seorang pendakwah yang berani tanpa banyak berkata-kata, hanya pandai berdoa kepada Allah. Dan boleh dikatakan seluruh negeri beriman kepada Allah , kecuali Raja yang zalim serta pengikutnya.

Jadi kepada para pendakwah Islam, sebelum nak salahkan pendakwah bukan Islam, tanya diri kita sendiri adakah kita dapat mencontohi pendeta tersebut untuk mempengaruhi remaja kita yang asyik berinternet agar mereka dapat menikmati keseronokan Islam melalui pelbagai cara, perkahwinan, permainan, teknologi, pemakanan dan sebagainya?

Adakah kita hendak memikat remaja kita dengan apa yang halal dan seronok untuk dilakukan, atau hendak memarahi remaja kita dengan tidak melakukan perkara yang haram tapi seronok juga untuk dilakukan?

Bukan untuk remaja saja, tapi untuk bapa dan atok remaja yang leka dengan judi internet dan sebagainya.

Rujukan : Tafsir Al-Azhar karangan Prof. Dr. Hamka jilid ke 10
Surah Pilihan : Surah Al-Buruj ( Juzu’ 30, Surah 85, bermula ayat 4 )

KISAH ASHABUL UHDUD Part 1
Maksud ayat (1-9) Surah Buruj (Gugusan bintang):

1. Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
2. Dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan;
3. Dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang disaksikan; -
4. Celakalah kaum Yang menggali parit,
5. (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran,
6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
7. Sambil mereka melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang beriman.
8. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang Yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
9. Tuhan Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.


Tiada ulasan: