Rakyat N.Sembilan akan menyambut hari keputeraan Yang
Dipetuan Besar pada 14 Januari 2013 ini. Maka sepatutnya banyaklah bendera
N.Sembilan berkibar. N.Sembilan ada 4 Undang Luak dan juga Tunku Besar Tampin.
Sepatutnya sempena keputeraan ini bendera N.Sembilan dikibarkan bersama dengan
bendera Luak Rembau, Luak Johol, Luak Sg Ujong, Luak Jelebu dan Tampin.
Entah-entah orang Rembau sendiri pun dah tak kenal macamana
rupa bendera Rembau ini yang wujud hampir 300 tahun sebelum kedatangan Yamtuan
dan wujud hampir 400 tahun sebelum terbentuknya Negeri Sembilan.
Kalau kita memandu dari Seremban ke Rembau, hampir di setiap
tiang lampu, bendera N.Sembilan disaingkan dengan bendera parti. Sedangkan
parti tersebut hanya wujud tak sampai 100 tahun. Sebaliknya Luak Rembau wujud
lebih 400 tahun, dan mereka dari Luak Rembau lah yang menjemput Yamtuan yang
pertama ke Negeri Sembilan.
BENDERA REMBAU
Warna Kuning - Mewakili Undang / Penghulu Luak Yang
Memerintah
Warna Hitam - Mewakili Dato’-Dato’ Lembaga / Orang Besar
Undang
Warna Merah - Mewakili Rakyat / Penduduk Luak
Bintang - Mewakili Penduduk Luak Rembau Menganuti Agama
Islam
Keris Bersilang - Mewakili Rembau diperintah oleh Dato’
Undang Luak secara bergilir-gilir mengikut perut iaitu Lela Maharaja dan Sedia
Raja
Tanduk Kerbau - Mewakili Adat Perpatih yang datang dari
Minangkabau
Lingkaran Bunga
Padi - Mewakili tanaman utama Rakyat Luak Rembau adalah Padi
Sumber info Bendera Rembau http://www.nagarinantuo.com/?p=312
Tiada ulasan:
Catat Ulasan