KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130105

Ulama lebih tinggi darjat dari Perdana Menteri


Semalam Jumaat 4 Jan 2013 saya sempat menonton Rancangan Cinta Ilmu siaran TV Al Hijrah di Saluran Astro 114. Penceramahnya ialah Sheikh Nuruddin Al Banjari, tajuknya ialah Ilmu, Ulama dan Politik. Amat cantik sekali kupasan Sheikh Nuruddin dalam isu tersebut, sayang ianya tidak disiarkan di TV1 atau TV3 atau dijadikan teks khutbah Jumaat. Isinya amat sesuai untuk semua umat Islam dan pemimpin Islam baik dari Umno, PAS atau PKR.

Dalam perbicaraannya Sheikh Nuruddin menyebut dia tahu ada dalam studio yang tidak berapa suka apa yang dia sedang perkatakan. Tapi dia hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan.

Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah :

1. Darjat ulama itu adalah lebih tinggi dari pemimpin politik, pemimpin negara (Perdana Menteri , walaupun Sheikh tak sebut Perdana Menteri).

2. Kalau seorang ulama meninggal dunia, begitu sukar untuk mencari penggantinya. Kalau ahli politik atau pemimpin negara yang meninggal dunia, ramai yang berebut-rebut akan jawatan tersebut.

3. Ulama serta golongan agama harus mengetahui perkembangan politik semasa, tetapi tidak semestinya terlibat secara langsung.

4. Ulama perlu mendampingi pemerintah (Perdana Menteri) untuk menasihati pemerintah apa yang benar , apa yang salah. Sepertimana ulama dahulu kala yang dipenjara, diseksa kerana memperkatakan yang benar kepada pemerintah seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Nawawi dan ramai lagi ulama-ulama yang berani berkata benar kepada pemerintah.

5. Ulama apabila dicalonkan untuk sesuatu jawatan tinggi akan menceritakan kebaikan calon lain supaya dia tidak terpilih, sedangkan ahli politik apabila dicalonkan ke sesuatu jawatan (ADUN, Ahli Parlimen dan sebagainya) akan menceritakan keburukan calon yang lain supaya dia terpilih.

InsyaAllah, saya rasa akan ada pihak yang akan muat turun di Youtube program tersebut. Rugi kalau tak tonton.

Alangkah baiknya apa yang diperkatakan oleh Sheikh Nuruddin ini dijadikan topik utama Khutbah Jumaat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tetapi sayang 1000x sayang Sheikh Nuruddin tidak dapat menerangkan makna bidaah yang sebenar dan kesan-kesannya kepada orang Islam!
Kalau tak percaya minta beliau kupas kedudukan antara sunnah dan bidaah.