KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130101

Para pemimpin tertinggi PAS yang belajar dengan Ulama dari Rembau di Rembau


Maghrib tadi saya solat di Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Kg Bongek Acheh, Rembau. Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan (1907-1997) bukan sahaja seorang ulama yang begitu merendah diri dan tinggi ilmu agamanya. Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim adalah merupakan seorang saintis Islam yang begitu hebat yang tiada tandingannya hingga ke saat ini.

Ini adalah kerana beliau seorang yang mempunyai ilmu matematik, trigonometri, sains dan astronomi yang hebat sahaja sehingga dapat menyusun takwim solat dengan tepat.

Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim bertanggungjawab menyusun takwim solat untuk Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Di Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Bongek terdapat satu alat yang ringkas, berbentuk suku bulatan, berkaki dan ada kertas geraf.

Alat ini digunakan oleh Tuan Guru Haji Ibrahim untuk mengira takwim solat. Buku yang mengandungi formula, dan tali turut digunakan semasa membuat perkiraan.

Alat ini diberi nama Kuadran Astrolabic (Astrolabic quadrant) yang dicipta oleh seorang saintis Islam dari Syria bernama Muhammad ibn Ahmad al-Mizzi sekitar tahun 1333 Masihi. Beliau merupakan penjaga masa rasmi Masjid Umayyat di Damaskus.

Tuan Guru Haji Ibrahim juga adalah murid dari beberapa orang murid Syeikh Ahmad al-Fathani, yang gurunya yang terakhir ialah Tok Kenali.

Beliau menubuhkan Madrasah Islamiah Bongek dalam tahun 1946. Difahamkan setiap tahun hingga tahun 1959, madrasah tetap mengadakan majlis ikhtifal. Ramai tokoh terkenal agama dan politik khususnya pimpinan PAS yang hadir ke majlis itu termasuklah Tuan Haji Ahmad Fuad, Profesor Zulkiefli Mohamad, Doktor Burhanudin Helmi dan Ustaz Mohd Fadhihalluah Suhaimi.

Tiada ulasan: